Sunday, June 7, 2009

Politik Kita

Masa depan politik melayu sukar diramalkan. Tiada siapa mampu memberikan jawapan yang konkrit tentang apa yang bakal berlaku. Hanya Yang Maha Esa yang mengetahuinya.

Wadah politik melayu kini telah terpecah kepada tiga. Satu perpecahan yang boleh dikatakan akan merosakkan. Saya tidak nafikan ada yang berpendapat perbezaan pendapat adalah merupakan kekuatan tetapi bagi saya perbezaan pendapatlah yang akan membuahkan perpecahan dan kehancuran.

Ini kerana orang melayu amnya masih belum mampu untuk berbicara dan berpolitik secara matang. Masing-masing yakin ideologi dan pendapat politik masing-masing adalah hak. Golongan ini begitu optimis yang mereka adalah di pihak yang benar. Senario ini diburukkan lagi dengan sikap dan pandangan yang taksub terhadap pemimpin. Penampilan dan aura pemimpin mereka cukup hebat mengalahkan orang lain.

Melayu akan terus berjuang mengikut tafsiran dan pandangan terhadap musuh politik melayu sendiri. Maksud saya kita(orang Melayu) sebenarnya memusuhi sesama Melayu Islam. Kita melihat musuh kita yang sebangsa dan seagama dengan kita LEBIH MERBAHAYA daripada musuh yang lain. Kita sanggup untuk berpatah arang dan berkerat rotan dalam hal ini. Jarang benar kita bertemu dengan kelompok politikus melayu yang mampu untuk mengenepikan pandangan dan ideologi politiki mereka demi survival bangsa dan agama mereka. Cukup menyedihkan.

Politik (istilah biasa) bolehlah difahami sebagai tindakan, perlakuan atau apa sahaja aktiviti yang tercetus apabila sekelompok manusia membentuk satu kumpulan(mempunyai fahaman yang sama) dan bertindak untuk menentang kelompok manusia lain yang mempunyai pandangan yang berbeza bermatlamatkan kuasa dan pengaruh. Politik dianggap sebagai satu ‘perjuangan’ yang suci dan harus dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir(jika perlu).

Usaha untuk menyatukan kelompok individu yang mempunyai fahaman politik berbeza cukup mustahil walaupun mereka adalah sebangsa dan seagama. Malah jika dari rahim yang sama sekalipun mereka belum pasti dapat bersama.

Politik selalunya diperjuangkan oleh sekolompok manusia tetapi kesannya kepada seluruh kumpulan manusia tersebut. Dalam kata lain, ianya memberikan kesan dan implikasi tanpa mengira jantina, umur mahupun bangsa.

Seharusnya Melayu kini matang dalam berpolitik. Kikiskan segala ketaksuban yang ada dalam diri. Nilai dan perhatikan secara ikhlas demi kepentingan semua. Jangan dijadikan alasan perjuangan, kita berpecah dan hancur. Mereka yang berteuk tangan atas perpecahan kita pastinya cukup gembira dengan ‘rahmat’ ini.

Fikirkan…

Saturday, June 6, 2009

Sedih...

Sudah agak lama saya hanya memerhatikan apa yang berlaku. Semenjak keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) diumumkan saya terus mendiamkan diri. Mengamati apa yang berlaku. Cuba untuk memahami dan mencari kebenaran atas apa yang berlaku.

Mungkin saudara pembaca beranggapan saya adalah hardcore UMNO. Salah!!! Saya cukup tidak berpuas hati dengan UMNO sebelum PRU12. Saya antara yang melompat kegembiraan bila melihat kemengangan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya tersebut.

Namun begitu kegembiraan saya tidak lama. Apa yang saya lihat berlaku di Perak selama 11 bulan pemerintahan PR amat menyedihkan. Ditambah pula dengan pengalaman saya menetap hampir 15 tahun di kawasan majoriti Cina menyebabkan saya lebih tersentuh. Saya tidak melihat make up MB melayu di Perak sebagai satu kebanggaan kepada penyokong PR seperti saya.

Menang sorak kampung tergadai

Apa yang berlaku di Perak sebelum dan selepas UMNO kembali berkuasa memang meruntumkan hati sesiapa sahaja yang lahir, tinggal dan hidup di Perak dan membuang kaca mata ketaksuban apabila melihat apa yang terjadi.

Kita mungkin melihat Nizar adalah MB pada masa itu tetapi bagi saya, saya melihat pengaruh 'dua sepupu' sentiasa kuat mengikat dan memegang Nizar dalam setiap keputusan yang dibuat.

Apa yang saya amati bukanlah hanya saya seorang yang mengatakan begitu, malah saya yakin ramai umat melayu Perak yang tidak fanatik melihat apa yang berlaku.

Saya akan huraikan nanti mengapa pembubaran DUN tidak sepatutnya berlaku jika ada permintaan dan kelapangan.